Sunday, August 7, 2011

Mahu dudel FREE?


KLIK BANNER UNTUK JOIN
Tarikh Tutup :  20.08.2011

WARKAH BUAT CIK CEMPAKA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.


Kehadapan Cik Cempaka yang cantik menawan,

Janganlah tanya sama ada saya mahu dudel free? Malu saya..Jawapan saya sudah tentu saya mahu..Di bulan yang mulia penuh keberkatan nie apa kata cik cempaka berbuat sedekah pada blog kontest yang baru saya bikin. Dapat pahala tau! Saya nak dudel bertemakan baju raya yer cik cempaka..Nak sangat.. 

Cik Cempaka Yang Manis, 

Saya baru cuba buat doodle, tapi ternyata saya tidak berseni macam cik cempaka. Nak lihat half doodle saya? Boleh KLIK SINI. Buruk bukan? saya tidaklah sekreatif cik cempaka. Maka dengan ini saya mengidam sangat dudel. Nanti raya jemput datang rumah. Saya akan balas jasa cik cempaka dengan belanja makan kuih raya sebalang. Kalau cik cempaka tak mahu datang pun tak apa, jimat sebalang kuih saya..:)

Cik Cempaka Yang Kreatif,

Sudilah kiranya cik cempaka Menunaikan hasrat saya untuk memiliki dudle. Saya mahu dudel cik cempaka sebagai penyeri blog baru saya nie. Akhir kata setelah penat saya membodek cik cempaka, saya sudahi warkah ini dengan serangkap pantun,

Baju raya tertumpah kuah,
Merah padam kerana malu,
Pilihan CC peserta Bertuah,
Dudel comel sapa tak mahu!

Sekian terima kasih. 


2 comments:

MellProps said...

ok dah terima penyertaan..

hehe, bodek yang bagus..:D

MellProps said...

hye, thanks memeriahkan

bodek yang menawan hati ni..hihi