Salam Bahagia,
Hari nie aku kemaruk nak join contest Mak Dara. Aku kenal Mak Dara nie melalui KSRS. Kira dah selalulah jenguk blog beliau walaupun kadang-kadang jadi silent reader je.
KLIK BANNER UNTUK DAPAT TIKET FREE!
Tarikh tutup penyertaan :
12 tengah hari, 26hb September 2011
Tarikh pengumuman pemenang :
26/27 september 2011
Nampak tak tulisan besar gedabak kat atas tu? Nak join sila tekan banner yer korang!
Kalau ada kesempatan aku memang kemaruk sangat nak tengok Libas kat panggung. Mana taknya, Rosyam itu memang pujaan hati beta.hehe. Tapi sebelum tu jom berpantun dulu, mana tau dapat tiket free, tak payah beli lagi.kehkeh.
Pergi ke pasar naik basikal
Pasar Besar di tepi kali
Libas filem aksi komikal
Di arah oleh Jurey Rosli
Pahlawan melayu Hang Jebat
Bersama Tuah beraksi berentap
Rosyam Noor aktor hebat
Hero malaya lakonan mantap
Durian terkenal seluruh dunia
Enak sekali dibuat Serawa
Scha Al yahya Awan Dania,
Lawak Johan bikin ketawa
Jangan sekali bermulut puaka
Sifat dicela panas baran
Bola raga pusaka Melaka
Telah jatuh ketangan jiran
Makan KFC ayam peha
Mai pekena kopi secawan
Raja Libas gigih berusaha
Bagi menentang pasukan lawan
Jika tuan hendak ke Medan
Jangan lupa kuih pelita
Kalau nak tau apa kesudahan
Kenalah tonton seluruh cerita
Bontot periuk hitam legam
Periuk untuk merebus jagung
29 September di pawagam
Moh kita serbu panggung
 |
Si chubby Aiman tentu hepy kalau dapat tengok Dania pujaan hatinya..hehe |
Mak Dara cute sekali
Wanita anggun pandai bergaya
Ini pujian bukan perli
Tiket dan T-shirt bagi saya!
Hahaha