Friday, September 23, 2011

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara


Salam Bahagia,

Hari nie aku kemaruk nak join contest Mak Dara. Aku kenal Mak Dara nie melalui KSRS. Kira dah selalulah jenguk blog beliau walaupun kadang-kadang jadi silent reader je.

KLIK BANNER UNTUK DAPAT TIKET FREE!

Tarikh tutup penyertaan : 
12 tengah hari, 26hb September 2011

Tarikh pengumuman pemenang : 
26/27 september 2011

 Nampak tak tulisan besar gedabak kat atas tu? Nak join sila tekan banner yer korang! 

Kalau ada kesempatan aku memang kemaruk sangat nak tengok Libas kat panggung. Mana taknya, Rosyam itu memang pujaan hati beta.hehe. Tapi sebelum tu jom berpantun dulu, mana tau dapat tiket free, tak payah beli lagi.kehkeh.


Pergi ke pasar naik basikal
 Pasar Besar di tepi kali
Libas filem aksi komikal
Di arah oleh Jurey Rosli

Pahlawan melayu Hang Jebat
 Bersama Tuah beraksi berentap
Rosyam Noor aktor hebat 
Hero malaya lakonan mantap


Durian terkenal seluruh dunia
Enak sekali dibuat Serawa
Scha Al yahya Awan Dania,
Lawak Johan bikin ketawa

  
 Jangan sekali bermulut puaka
Sifat dicela panas baran
Bola raga pusaka Melaka
Telah jatuh ketangan jiran

Makan KFC ayam peha
Mai pekena kopi secawan
Raja Libas gigih berusaha
Bagi menentang pasukan lawan

Jika tuan hendak ke Medan
Jangan lupa kuih pelita
Kalau nak tau apa kesudahan
Kenalah tonton seluruh cerita

Bontot periuk hitam legam
Periuk untuk merebus jagung
29 September di pawagam
Moh kita serbu panggung

Si chubby Aiman tentu hepy kalau dapat tengok Dania pujaan hatinya..hehe

Jemput join yer Puanbee, Intan BerlianYayath.


Mak Dara cute sekali
Wanita anggun pandai bergaya
Ini pujian bukan perli
Tiket dan T-shirt bagi saya!

Hahaha


9 comments:

puanbee said...

hahah banyak dah contest kutu join yep... tengoklah bee tk suka tengok wayang sangat ah ..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhhhhhhhhh cayalah .. nice pantun.. tks sbb sudi join contest ini.. insyaallah orng kuat libas akan memilih pemenangnya nanti.. nantikan keputusannya pada 27hb nnt ya.. All the best

msredcheesecake said...

Kalau dapat ajaklah msred.... Hhee

yayath said...

wahhh...best la pantun akak..pandai akak mengarang pantun tu:)hehe

thanks tag..nanti yath join ye:)

suriani azwan said...

gud luck YY..sue pun join jugak...

pssstt...

nak mintak tolong vote pic sue dan anak2.. link kat bawah nie...

http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/46194

jgn lupa klik like tau di icon love tu..thanks tau

Mia Liana said...

bestnya pantun.. good luck ya... singgah dari entri kontest..

Mia Liana said...

bestnya pantun.. good luck ya... singgah dari entri kontest..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Assalammualaikum.. Disini saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Puan Kutu kerana telah menjadi pemenang tempat kedua bagi contest JOM MENONTON LIBAS by MAK DARA.. Sila hantarkan nama, alamat, no tel dan detail anda ke email mrs_martias@yahoo.com untuk tujuan penghantaran hadiah..

Tahniah sekali lagi dari Mak Dara dan team Filem LIBAS

http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/09/pemenang-keputusan-contest-jom-menonton.html

[sutera kasih] said...

Tahniah2 :)

dptla jumpa awan dania nnti hehe