Sunday, October 9, 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah

Klik Banner Untuk Join

Tarikh Tutup : 14/10/2011


Tag : Ayung, Ain dan Bee

Adoi nak pitam saya like dan follow semua sponser. Dua hari ambil masa tau. Dah la beruk macam kura-kura.keke. Tapi seorang muslimah kena sabar tau!


Hadiah semua best-best, kalau boleh nak semua, tapi saya tak mau tamak, saya nak Jubah Abaya dari Elhyatt Bizz Collection atau dari Hada Collections

 Gambar muslimahnya :
Doodle  adalah hasil karya Tengku Puteri
Saya sendiri yang edit dan masukkan  background.



Ciri- Ciri Wanita Muslimah pada pandangan saya adalah :

Yang beriman kepada Allah, nabi-Nya, serta islam pedoman hidupnya. Di lihat dari bagaimana ia 
menjaga solat lima waktu, khusyu’ serta mendirikan solat tepat pada waktunya, juga menjauhi apa-apa yang menyebabkan murka Allah, takut dengan siksa-Nya yang teramat pedih dan tidak menyimpang dari aturan-Nya.


Tanggungjawabnya kepada keluarga. Dilihat dari ketaatan kepada suaminya serta kedua ibu bapanya, sayang kepadanya, mengajaknya kepada kebaikan, menasihatinya, memelihara kesejahteraannya, tidak mengeraskan suara dan perkataan kepadanya, tidak menyakiti hatinya juga mendidik anak-anak untuk taat kepada Allah, mengajarkan kepada mereka aqidah yang benar, menanamkan ke dalam hati mereka perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, menjauhkan mereka dari segala jenis kemaksiatan dan perilaku tercela. 
Menjaga hijabnya dengan rasa senang hati. Dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona, sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya dan sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.


Selalu menjaga hatinya dari syubhat mahupun syahwat. Dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi, keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan, bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran juga menundukkan pandangan, menjaga kemaluan dan memelihara matanya dari memandang yang haram.

Sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan. Dilihat dari ketabahan dan kehambaan kepada TUHAN-nya, cekal hatinya serta tidak mudah patah semangat, 
sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha.



5 comments:

puanbee said...

perghh ni payah sikit kena spend masa .. nanti bee buat yerk kutu .. thanksss

Lelord said...

good luck

AYuNG said...

okeh, thanx tag..noted! :)

fiQ'Ra said...

salam, datang buat lawatan ~ semoga berjaya tau ~
keputusan 15 oktober ni, sama2 kite tunggu eh
~_^

fiQ'Ra said...

result dah kuar, jom tgk

http://fiqracake.blogspot.com/2011/10/congratulations-to-winners.html